Template by:
Free Blog Templates

Senin, 22 Maret 2010

BIJU DAN JINCHURICKI



Bijū (Makhluk Syaitan Berekor?) adalah sembilan ekor haiwan syaitan raksasa yang menjadi penggerak kepada siri Naruto. Ia dibezakan dengan jumlah "ekor" yang dimiliki iaitu dari satu hingga sembilan. Biju bersaiz raksasa ini terbentuk daripada gumpalan awan chakura yang besar dan kadangkala dikenali sebagai "Raksasa Chakura" (Chakura no Bakemono), yang memberikan ia jumlah chakura yang melebihi mana-mana ninja. Bagaimana pun, jumlah chakura yang besar ini hanya semata-mata memenuhi "kriteria" biju tersebut sebagai raksasa buas yang memiliki kebolehan intelektual yang terbatas mengakibatkan ia tidak mampu menggunakan kelebihan tersebut secara efektif.

Apabila sesuatu biju itu dikurungkan ke dalam tubuh seseorang manusia, keupayaan tersebut dapat digunakan secara efektif bergantung kepada pengetahuan hos mereka, yang mana ia membolehkan biju tersebut memiliki keupayaan untuk berkata-kata dan menggunakan kelebihan kuasa yang ia miliki. Akatsuki telah berjaya menangkap biju dan hos mereka, di mana "Empat Negara Shinobi Terbesar" dalam siri Naruto memiliki tujuh daripada sembilan biju yang ada.


Sejarah Jinchūriki

Sembilan orang Jinchūriki dunia Naruto

Biju telah wujud sejak begitu lama, sejak dari sebelum terbentuknya perkampungan ninja itu sendiri. Pada perawalan sejarah dunia ninja, terdapat seekor makhluk syaitan yang dinamakan "Makhluk Syaitan Berekor Sepuluh", yang telah merajai dunia sehinggalah ianya ditewaskan oleh Pendeta Laluan Berenam atau "Pendeta Rikudo" dan telah dikurungkan di dalam tubuhnya, menjadikan Pendeta Rikudo sebagai jinchuriki yang pertama. Sebelum kematian Pendeta Rikudo, dia telah membahagikan chakura Makhluk Syaitan Berekor Sepuluh kepada sembilan biju yang berlainan dan telah mengurungkan tubuh asal Makhluk Syaitan Berekor Sepuluh tersebut ke bulan.

Pada ketika pembentukan perkampungan ninja, Harashima Senju yang selaku Hokage Pertama telah berjaya menangkap dan mengawal beberapa ekor biju menggunakan teknik unik miliknya iaitu teknik "Mokuton" (Gaya Lepas Sifat Kayu). Harashima menggunakan biju-biju tersebut sebagai "hadiah" perdamaian kepada negara ninja besar yang lain untuk mencapai kestabilan dan keseimbangan kuasa di antara mereka. Setelah kematiannya, bagaimana pun, negara ninja besar ini tidak mampu mengawal biju yang mereka miliki dan niju-biju tersebut mula menjadi liar, membuatkan negara ninja besar mengambil tindakan untuk mengurung biju terbabit ke dalam tubuh seorang manusia dari kalangan mereka. Manusia nyang telah dimasukkan niju ke dalam tubuh mereka digelar sebagai Jinchūriki (Korban Manusia?).










chibi no Shukaku (一尾の守鶴, Shukaku Berekor Satu?) adalah tanuki raksasa. Ia telah dimeterai ke dalam tubuh Gaara daripada Sunagakure sejak kelahirannya. Bagaimana pun, ia telah ditangkap oleh Deidara dan kemudiannya dikeluarkan daripada tubuh Gaara dan dikurung oleh Akatsuki.


* Nama: Ichibi no Shukaku (一尾の守鶴, "Shukaku Berekor Satu")
* Klasifikasi: Bijū
* Spesis: Tanuki
* Jinchūriki: Tiada; terdahulu - Gaara dan dua orang bekas ninja dari Sunagakure
* Kebolehan: Gaya Lepas Sifat Angin: Peluru Udara Mampat, Pertahanan Mutlak Pasir
* Status: Ditangkap oleh Akatsuki


[sunting] Latar belakang

Menurut Madara Uchiha, Shukaku tercipta apabila Pendeta Rikudo membahagikan chakura yang dimiliki oleh "Makhluk Syaitan Berekor Sepuluh" kepada sembilan bahagian raksasa chakura yang berasingan yang kemudiannya dikenali sebagai biju atau "Makhluk Syaitan Berekor". Penduduk Sunagakure percaya bahawa "Shukaku" merupakan roh seorang rahib dari Suna yang telah tersesat dan bertukar kepada syaitan. Ianya dipercayai telah dikurung ke dalam sebuah cerek dan telah dimasukkan ke dalam seorang jinchuriki.

Ketika Karura (isteri kepada Kazekage Keempat) mengandung, suaminya telah mengarahkan Chiyo untuk mengurung Shukaku ke dalam tubuh anaknya Gaara yang masih belum dilahirkan, namun hanya selepas dikeluarkan daripada jinchuriki kedua. Karura mati sebagai korban untuk proses pengurungan tersebut dan telah menyumpah ke semua penduduk Suna termasuklah suaminya di atas apa yang telah mereka lakukan. Bagaimana pun, bekas jinchuriki Shukaku yang pertama merupakan ninja yang terbabit dalam mengilhamkan teknik "Pasir Besi" kepada Kazekage Ketiga.
[sunting] Personaliti

Shukaku merupakan haiwan yang pintar, namun sering berkelakuan tidak tentu arah seperti seorang pemabuk. Ianya sangat bersangkutan dengan gambaran tanuki dalam cerita dongeng orang Jepun. Shukaku itu sendiri membawa maksud "mabuk" dalam bahasa Jepun. Seperti mana biju yang lain, Shukaku dipengaruhi oleh sifat dalaman yang digambarkan sebagai mudah marah dan dahagakan pertumpahan darah. Menurut Gaara, "Shukaku begitu ghairah apabila terdapat peluang untuk membunuh sesiapa sahaja di hadapannya, terutamanya apabila masa bulan mengambang". Gaara kadangkala tahu bagaimana untuk mengawalnya, namun selalunya ia memaksa Gaara untuk melepaskan secara paksa.









Nibi no Bakeneko (ニ尾の猫俣, Kucing Syaitan Berekor Dua?) merupakan Bakaneko atau kucing raksasa yang mengeluarkan api berwarna biru dan memiliki mata yang pelik. Ia telah dimeterai ke dalam tubuh Yugito Nii seorang ninja dari Kumogakure apabila dia berusia dua tahun. Ia telah ditangkap oleh Hidan dan Kakuzu yang kemudiannya telah dikeluarkan dan dikurung oleh Akatsuki.


* Nama: Nibi no Bakeneko (ニ尾の猫俣, "Kucing Syaitan Berekor Dua")
* Klasifikasi: Bijū
* Spesis: Nekomata
* Jinchūriki: Tiada; terdahulu - Yugito Nii
* Kebolehan: Menghasilkan bahang api dari seluruh tubuhnya
* Status: Ditangkap oleh Akatsuki


[sunting] Latar belakang

Menurut Madara Uchiha, Shukaku tercipta apabila Pendeta Rikudo membahagikan chakura yang dimiliki oleh "Makhluk Syaitan Berekor Sepuluh" kepada sembilan bahagian raksasa chakura yang berasingan yang kemudiannya dikenali sebagai biju atau "Makhluk Syaitan Berekor". Sepertimana Shukaku, kebanyakkan orang berpendapat bahawa Nibi merupakan manusia yang bertukar kepada hantu (生霊, ikiryō). Nibi merupakan salah satu biju yang dimiliki oleh Kumogakure dan telah dimeterai ke dalam tubuh Yugito ketika dia berusia dua tahun. Yugito telah diberikan latihan ketat untuk membolehkan dirinya mengawal kuasa Nibi secara menyeluruh







Sanbi no Kyodaigame (三尾の巨大亀, Kura Syaitan Berekor Tiga?) merupakan biju yang menyerupai seekor kura raksasa. Ia pernah dimeterai ke dalam tubuh Yagura dari Kirigakure, namun telah dikeluarkan tanpa diketahui puncanya. Sanbi telah ditangkap oleh Deidara dan Tobi yang mana ia kemudiannya telah dikurung oleh Akatsuki.


* Nama: Sanbi no Kyodaigame (三尾の巨大亀, "Kura Syaitan Berekor Tiga")
* Klasifikasi: Bijū
* Spesis: Kura-kura
* Jinchūriki: Tiada; terdahulu - Seorang ninja dari Kirigakure yang tidak diketahui namanya
* Kebolehan: Tidak diketahui
* Status: Ditangkap oleh Akatsuki


[sunting] Latar belakang
Sanbi no Kyodaigame bersama Yagura

Menurut Madara Uchiha, Shukaku tercipta apabila Pendeta Rikudo membahagikan chakura yang dimiliki oleh "Makhluk Syaitan Berekor Sepuluh" kepada sembilan bahagian raksasa chakura yang berasingan yang kemudiannya dikenali sebagai biju atau "Makhluk Syaitan Berekor".

Pada satu ketika di masa yang lalu, Sanbi pernah dimiliki oleh Kirigakure dan telah dimeterai ke dalam tubuh Yagura, Mizukage Keempat. Ia kemudiannya telah dikeluarkan daripada hosnya tanpa diketahui puncanya dan telah hidup bebas dalam sebuah tasik. Oleh kerana Sanbi tidak mempunyai hos sendiri, ia tidak memiliki kepintaran yang mencukupi dan hanya bergantung kepada kuasa besar yang dimilikinya dan bertindak lebih kepada seekor haiwan.

Sanbi digambarkan sebagai kura raksasa yang hanya mempunyai kaki hadapan dan tiga ekor yang menjadi simbol namanya. Mata kanannya sentiasa dalam keadaan tertutup seperti kesan kepada suatu kecederaan. Oleh kerana kekurangan ini, Sanbi mudah terdedah kepada serangan yang ditujukan ke mata kirinya.







Yonbi; Syaitan Berekor Empat (四尾, Yonbi) adalah haiwan syaitan yang pernah dimeterai ke dalam badan Rōshi dari Iwagakure. Ia telah berjaya ditangkap dan diekstrak oleh Akatsuki.

* Nama: Yonbi; Syaitan Berekor Empat (四尾, "Yonbi")
* Klasifikasi: Bijū
* Spesis: Tidak Diketahui
* Jinchūriki: Tiada; terdahulu - Rōshi dari Iwagakure
* Kebolehan: Mempunyai kebolehan untuk menghasilkan lava
* Status: Ditangkap oleh Akatsuki


Sehingga kini, masih tidak diketahui apakah bentuk atau rupa sebenar "Yonbi. Jinchūriki kepada "Yonbi" iaitu Rōshi iaitu seorang ninja daripada Iwagakure telah ditewaskan oleh ahli Akatsuki iaitu Kisame Hoshigaki sewaktu muncul pertama kali. Kemunculannya hanya sekadar menunjukkan Rōshi sedang diusung oleh Kisame menggunakan pedang besarnya; Samehada setelah berjaya ditewaskan. Tidak terdapat sebarang babak menunjukkan pertarungan di antara mereka. Menurut Kisame lagi, dia mengalami sedikit masalah ketika berhadapan dengan Rōshi kerana berkebolehannya untuk menggunakan suatu teknik khas bagi menghasilkan serangan menggunakan lava panas. Kemudiannya, "Yonbi telah pun diekstrak oleh Akatsuki lalu mengakibatkan kematian kepada hosnya iaitu Rōshi.

Hanya sedikit informasi yang diketahui mengenai Rōshi mahupun bijū yang dimilikinya. Sebagai hos kepada "Yonbi", ia membolehkan Rōshi menggunakan teknik khas iaitu Gaya Lepas Sifat Lava; di mana teknik tersebut jarang sekali dilihat melainkan ianya sejenis kebolehan dari pengguna Kekkei Genkai.
















Gobi; Syaitan Berekor Lima (五尾, "Gobi") adalah haiwan syaitan yang pernah dimeterai ke dalam badan seorang ninja dari Iwagakure yang tidak diketahui namanya. Ia telah berjaya ditangkap dan diekstrak oleh Akatsuki.

* Nama: Gobi; Syaitan Berekor Lima (五尾, "Gobi")
* Klasifikasi: Bijū
* Spesis: Tidak Diketahui
* Jinchūriki: Tiada; terdahulu - Ninja tidak diketahui namanya dari Iwagakure
* Kebolehan: Tidak Diketahui
* Status: Ditangkap oleh Akatsuki


Tidak terdapat sebarang informasi mengenai apakah bentuk atau rupa asal bijū ini melainkan informasi mengenai kejayaan penangkapannya oleh Akatsuki. Begitu juga dengan informasi dan status jinchūriki yang memilikinya, melainkan yang hanya dapat diketahui adalah asal ninja tersebut; iaitu ninja dari Iwagakure. Berkemungkinan ninja tersebut memiliki keupayaan untuk menggunakan teknik "Gaya Lepas Sifat Tanah" seperti kebanyakan ninja dari Iwagakure.

Mengenai status jinchūrikinya pula, berkemungkinan ninja tersebut telah mati oleh kerana bijū yang mendiami badannya telah dikeluarkan.
















Rokubi; Syaitan Berekor Enam (六尾, Rokubi) adalah haiwan syaitan yang pernah dimeterai ke dalam badan seorang ninja muda yang tidak diketahui asal-usulnya. Setakat ini, masih tiada lagi informasi mengenai bijū tersebut mahupun mengenai hosnya. Ia juga telah berjaya ditangkap dan diekstrak oleh Akatsuki.

* Nama: Rokubi; Syaitan Berekor Enam (六尾, "Rokubi")
* Klasifikasi: Bijū
* Spesis: Tidak Diketahui
* Jinchūriki: Tiada; terdahulu - Seorang ninja muda yang tidak diketahui asal-usulnya
* Kebolehan: Tidak Diketahui
* * Status: Ditangkap oleh Akatsuki


Tiada sebarang maklumat mengenai rupa bentuk atau kebolehan bijū ini melainkan daripada informasi kejayaan Akatsuki menangkapnya suatu ketika dahulu.

Juga, tiada sebarang maklumat mengenai jinchūriki yang pernah menjadi hos kepada "Rokubi" ini. Berkemungkinan ninja tersebut telah mati oleh kerana bijū yang mendiami badannya telah dikeluarkan.











Nanabi; Syaitan Berekor Tujuh (七尾, "Nanabi") adalah haiwan syaitan yang pernah dimeterai ke dalam badan seorang ninja wanita dari Takigakure yang tidak diketahui namanya. . Ia juga telah berjaya ditangkap dan diekstrak oleh Akatsuki.

* Nama: Nanabi; Syaitan Berekor Tujuh (七尾, "Nanabi")
* Klasifikasi: Bijū
* Spesis: Tidak Diketahui
* Jinchūriki: Tiada; terdahulu - Sseorang ninja wanita dari Takigakure yang tidak diketahui namanya.
* Kebolehan: Tidak Diketahui
* Status: Ditangkap oleh Akatsuki



Tiada sebarang maklumat mengenai rupa bentuk atau kebolehan bijū ini melainkan daripada informasi kejayaan Akatsuki menangkapnya suatu ketika dahulu.

Juga, tiada sebarang maklumat mengenai jinchūriki yang pernah menjadi hos kepada "Nanabi" ini. Berkemungkinan ninja tersebut telah mati oleh kerana bijū yang mendiami badannya telah dikeluarkan












Hachibi; Syaitan Berekor Lapan (八尾, Hachibi) adalah haiwan syaitan yang menyerupai Ushi-oni yang mampu menghasil bebola chakra berkuasa besar dan telah dimeterai ke dalam badan Kirābī dari Kumogakure. Ia adalah salah satu daripada dua bijū yang masih gagal ditangkap oleh Akatsuki.

* Nama: Hachibi; Syaitan Berekor Lapan (八尾, "Hachibi")
* Klasifikasi: Bijū
* Spesis: Ushi-oni
* Jinchūriki: Kirābī atau "Killer-Bee" dari Kumogakure
* Kebolehan: Menghasilkan bebola chakra padat berkuasa besar
* Status: Aktif


"Ushi-oni" (牛鬼, "Lembu Syaitan") adalah haiwan syaitan yang terdapat dalam dongeng Jepun. "Ushi-oni" digambarkan sebagai seekor raksasa laut yang ganas yang berbadan seperti lembu tetapi memiliki lapan tentakel seperti sotong di bahagian bawah badannya. Ia tinggal berhampiran perairan Jepun dan sering menyerang nelayan yang keluar ke laut. "Ushi-oni" dikatakan salah satu simbol perlindungan menurut perayaan Ushi-oni-matsuri yang sering disambut pada lewat bulan Julai di Uwajima, di daerah Ehime.

"Hachibi" adalah salah satu daripada dua ekor bijū yang masih belum berjaya ditangkap oleh Akatsuki; selain Kyūbi yang dimiliki oleh Uzumaki Naruto.

Apabila Pasukan Helang tiba di Kumogakure dalam percubaan mereka untuk menangkap Kirābi atau "Killer-Bee", Kirābi telah menggunakan kebolehannya yang dapat mengawal kuasa bijūnya secara sepenuh lalu bertukar kepada bentuk lengkap "Hachibi". Kirābi telah menyebabkan Pasukan Helang berada dalam keadaan yang kelam-kabut di mana seorang demi seorang ahli pasukan tersebut ditewaskan. Ketika bertarung dengan Suigetsu yang menggunakan kelebihan bertarung berhampiran dengan sebuah tasik (Suigetsu mampu menggunakan "Gaya Lepas Sifat Air"), Kirābi telah menghasilkan sebuah bebola chakra padat yang berkuasa tinggi untuk menyerang Suigetsu, mengakibatkan kekalahannya.

Kemudian pertarungan diteruskan dengan Uchiha Sasuke mengaktifkan Mangekyou Sharingan miliknya untuk melancarkan teknik Amaterasu lalu mengahasilkan bara api berwarna hitam menyelubungi Kirābi mengakibatkannya mengerang kesakitan. Kirābi kemudiannya "seakan-akan" telah ditangkap oleh Pasukan Helang lalu diberikan kepada Madara Uchiha. Setelah mengetahui kejadian itu, Raikage iaitu abang kepada Kirābi telah berjanji bahawa Akatsuki akan menerima balasan yang setimpal dengan apa yang telah mereka lakukan terhadap adiknya.

Namun, pada pengakhiran pertembungan tersebut, didapati Kirābi telah memalsukan kekalahannya. Setelah Pasukan Helang beredar, Kirābi dan "Hachibi" telah keluar dan meninggalkan tasik tersebut lalu bergegas ke tempat Sabu, ketua kepada Ninja Enka. Ketika itu juga, "Hachibi" telah menasihati Kirābi agar berhenti daripada melakukan rap.

Tidak banyak informasi yang dapat diketahui tentang kebolehan sebenar "Hachibi". Sebagai hos kepada "Hachibi", Kirābī mampu berubah bentuk kepada bentuk lengkap "Hachibi" dan menggunakan kuasa sepenuh bijū yang dimilikinya tanpa hilang kawalan kepada badannya sendiri. Kirābī mampu menghasilkan bebola chakra berkepadatan tinggi yang berkuasa besar (berkemungkinan mempunyai kuasa yang hampir sama ketika Naruto berubah kepada bentuk "Kyūbi berekor Empat" ketika bertarung dengan Orochimaru).

Kirābī juga mampu menggunakan chakra yang dimiliki oleh "Hachibi" untuk membatalkan kesan teknik ilusi; walaupun daripada kesan ilusi pemilik Mangekyou Sharingan.

Kirābī dan "Hachibi" didapati dapat berbual di antara satu dengan yang lain dalam keadaaan yang lebih tenang berbanding apa yang berlaku di antara perbualan Naruto dan Kyūbi. Contohnya; perbualan Naruto dan Kyūbi berlatar belakangkan sebuah tempat yang gelap (seakan-akan sebuah pembentungan) di mana terdapatnya sebuah pagar gergasi yang dilekatkan dengan jampi kurungan untuk memisahkan Naruto dan Kyūbi ketika mereka berbual. Bagaimanapun, ini tidak berlaku kepada Kirābī dan "Hachibi" di mana Kirābī mampu berbual dengan tenang sambil mendengar lagu. "Hachibi" juga sering mengadu apabila Kirābī menyanyi rap dan menasihatinya agar segera berhenti; tidak seperti Kyūbi yang suka memberikan ancaman dan ugutan.









Kyubi: Musang Syaitan Berekor Sembilan
Musang Syaitan Berekor Sembilan - (九尾の妖狐, "Kyūbi no Yōko"
Naruto selaku jinchūriki kepada "Kyūbi"

Musang Syaitan Berekor Sembilan (九尾の妖狐, "Kyūbi no Yōko") adalah haiwan syaitan yang menyerupai seekor musang dan dikatakan adalah haiwan syaitan yang terkuat daripada sembilan ekor bijū yang wujud dalam siri Naruto; di mana hanya satu hayunan daripada salah satu ekornya akan dapat mengakibatkan tsunami dan mampu meratakan gunung-ganang. Ketika Kyūbi menyerang Konohagakure, ia telah ditewaskan oleh Minato Namikaze, atau Hokage Keempat lalu dikurung ke dalam badan seorang bayi lelaki yang baru dilahirkan iaitu Naruto Uzumaki menggunakan teknik kurungan khas dipanggil Teknik Kurungan Dewa Maut (屍鬼封尽, "Shiki Fūjin"). Bagaimanapun, nyawa Hokage Keempat telah tergadai dalam proses tersebut.

* Nama: Musang Syaitan Berekor Sembilan (九尾の妖狐, "Kyūbi no Yōko")
* Klasifikasi: Bijū
* Spesis: Musang
* Jinchūriki: Uzumaki Naruto
* Kebolehan: Kekuatan yang besar dan chakra yang tidak kehabisan
* Status: Aktif

Kyūbi adalah satu bentuk bencana semulajadi yang telah wujud sekian lama. Ia mampu wujud dari di tempat yang terdapat banyaknya sifat buruk manusia. Pada masa yang tidak diketahui, Kyūbi pernah bertemu dengan pengasas Puak Uchiha iaitu Madara Uchiha, di mana Madara telah menggunakan Mangekyou Sharingan untuk mengawal kuasa Kyūbi agar dapat digunakan ketika menentang Harashima Senju; iaitu Hokage Pertama demi membalas dendam. Pertarungan tersebut sangat dahsyat sehinggakan ia memusnahkan permukaan bumi lalu membentuk sebuah lebah yang digelar manusia sekarang sebagai Lembah Penamat. Walaupun mampu menggunakan kuasa dan bantuan daripada Kyūbi, namun Madara tetap tewas dalam pertarungan tersebut. Beberapa tahun kemudian, Madara sekali lagi menggunakan kuasa Kyūbi untuk menyerang Konoha (walaupun Madara mengaku bahawa ianya tidak berkaitan dengan dirinya mahupun mana-mana puak Uchiha yang lain) dan mengatakan ianya hanya sekadar suatu kepincangan "kuasa secara semulajadi". Ketika serangan berlaku, Kyūbi telah membunuh ramai ninja yang cuba menghalangnya sehinggalah munculnya Hokage Keempat yang dibantu oleh Gamabunta. Hokage Keempat telah mengadaikan nyawanya untuk mengurung kuasa Kyūbi ke dalam badan seorang bayi yang baru dilahirkan lalu menyebabkan hilangan kawalan oleh Madara. Sejak daripada peristiwa itu, Kyūbi sangat membenci kepada kuasa sharingan dan sesiapa sahaja yang memilikinya. Ia juga turut menyatakan bahawa mata dan chakra Uchiha Sasuke adalah lebih "jahat" berbanding miliknya, kerana ia mengingatkan Kyūbi kepada kuasa milik Madara. Apabila kuasa Kyūbi di dalam badan Naruto ditekan oleh Sasuke, ia telah memberi amaran kepadanya agar jangan membunuh Naruto jika Sasuke tidak mahu mendapat susah di kemudian hari.

Di dalam siri animasi khas, Naruto, Haruno Sakura, Sai dan Yamato telah pergi ke Kuil Api untuk menyiasat misteri kecurian di makam tiga ninja legenda. Ketika sedang melakukan siasatan, mereka berkenalan dengan seorang pemuda bernama Sora; seorang sami muda di kuil tersebut. Setelah jalan cerita animasi tersebut berkembang, ia telah mendedahkan bahawa Sora pernah disatukan dengan saki-baki kuasa Kyūbi yang tertinggal setelah ia melakukan serangan dahulu. Ini menjadikan Sora sebagai Pseudo-Jinchūriki, yang mampu menghasilkan satu selaput kuasa Kyūbi seperti yang dimiliki oleh Naruto.

Kyūbi sebenarnya adalah sejenis makhluk yang ganas dan gemar melakukan kerosakkan. Namun begitu, ia mempunyai akal fikiran yang tajam namun bersikap kurang ajar dan tidak mempunyai rasa hormat. Walaupun begitu, ia mempunyai maruah yang tinggi dan mempunyai rasa rendah diri terhadap Hokage Keempat dan Naruto. Tambahan, kadangkala ia menjadi terlalu bermaruah dan menyebabkan kepada kemarahannya. Ini terbukti apabila Naruto menolak untuk menggunakan bantuan kuasa dari Kyūbi walaupun sebenarnya kemarahan tersebut lebih menunjukkan kepada hilangnya peluang Kyūbi untuk mengawal tubuh Naruto dengan sesuka hati; dengan harapan agar ia dapat melemahkan jampi ikatan yang mengurungnya. Kyūbi pernah berhasrat untuk membunuh Naruto; namun ia tahu bahawa ia perlu membantu Naruto selagi ia masih dikurung atau ia akan mati bersama

0 Comments:

my creature

Blog Archive

About Me